KUALA LUMPUR: Pelakon watak aksi, Pablo Amirul, 40, berkongsi dirinya kini sedang hangat bercinta dengan pakar estetik Sabah, Dr Hana Rose.
Pablo menerusi Instagram memuat naik gambar romantik dan video bersama Hana Rose.
Menerusi hantaran itu, Pablo menulis keterangan yang menggambarkan keceriaan dan kegembiraan mengenali kekasihnya itu.
“Ya Allah Ya Tuhanku, untuk semua kegembiraan yang kau berikan padaku. Hanya aku mohon rahmat dan restu dari Mu. Terima kasih untuk bidadari dari syurga ini, aku cinta,” tulisnya.
Perkongsiannya mendapat respon dari rakan-rakan artis yang mengusik Pablo di ruangan komen. Antaranya, pelakon Zalif Sidek.
“Okay jangan tunggu lama lama aku xnak (tidak mahu) tengok kau makan dengan kucing lagi kat rumah @pabloamirul semeja 2 orang plak!,” katanya.
Komen ini disambut oleh pelakon Mustaqim Bahadon, ‘betoi tuuuu,’ sambutnya.
Turut memberi respon terhadap hantaran ialah pelakon Akmal Ahmad, Saiful Apek, Syazwan Zulkifly, Dayana Roza dan ramai lagi.
Pada masa sama, Hana Rose berkongsi momen romantis ketika meluangkan masa bersama.
Terdahulu, Hana Rose pernah mencipta kontroversi apabila bercinta dengan pemain bola sepak berasal dari utara yang bermain untuk pasukan Sabah.
Dia mendakwa dipukul oleh pemain berkenaan sehingga menjadi perhatian ramai. Pemain bola sepak terbabit kini sudah berkahwin dengan wanita lain.