Kuala Lumpur: “Simpan sahaja niat baik kau tu Rosyam (Nor),” pesan penerbit, pengarah dan pelakon, Erma Fatima.

Erma, 56, berkata demikian mengenai cadangan nakal aktor senior Datuk Rosyam Nor yang mahu menjodohkannya dengan pelakon mendapat gelaran Duda ‘Hot’, Fattah Amin.

Menerusi hantaran video dikongsi adik Erma yang juga pelakon Datin Umie Aida dalam Instagram (IG), Erma mengakui, nafsunya sudah tertutup untuk mengahwini mana-mana lelaki.

“Rosyam! mengenai cadangan untuk nikahkan saya dengan Fattah, selera saya untuk mengahwini mana-mana lelaki dalam dunia, tak kira dia ‘hot’ atau tak, nafsu sudah tertutup,” kata Erma.

Jawapan selamba Erma itu sambil disambut dengan gelak ketawa Umie dan orang sekeliling yang mendengarnya.

Terdahulu, Rosyam menerusi perkongsian dibuat Umie di TikTok mencuri perhatian hati ramai apabila secara berseloroh mencadangkan bekas suami pelakon Nur Fazura itu untuk berkahwin dengan Erma.

Gurauan Rosyam membuatkan Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin terpinga-pinga, namun tetap melayan impian pelik pelakon filem Memoir Seorang Guru itu.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur melihat gelagat Rosyam dan Fattah.

Aktor itu sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita dan terbaharu, penyanyi, Amira Othman.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *