Pelakon Zarina Anjoulie menasihati para wanita agar tidak membuang masa bercinta dengan lelaki berwajah buruk dan bertaraf rendah.
Aktres berusia 37 tahun itu juga berpendapat bahawa lelaki berwajah buruk lebih cenderung untuk mengambil kesempatan terhadap wanita.
Jangan kasihan sebab lelaki itu berwajah buruk atau tak ada kerja. Jangan! Terutamanya yang hodoh. Jangan buang masa sebab mereka akan gunakan anda untuk kepentingan diri sendiri.
Kau ingat keluar dengan lelaki buruk mereka tidak akan mempermainkan kau? Lagi sakit jika dipermainkan dengan lelaki buruk. Aku keluar dengan kau atas dasar kasihan sebab kau buruk, kau gemuk, tetapi kau permainkan aku.
Zarina atau lebih mesra dengan nama panggilan Anju menambah bahawa dia bercakap atas dasar pengalamannya sendiri dan tidak mahu wanita lain tersilap langkah sepertinya.
Dengarlah cakap aku. Aku dah kena banyak kali. Jadi bercintalah lelaki yang sama level dengan anda.