Kuala Lumpur: Pelakon, Rita Nadira, 26, lebih selesa tinggal bersama ibu bapa dan adik-beradiknya walaupun dia mampu untuk menyewa sendiri.

Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni berkata, dia gembira kerana dapat bersama mereka setiap hari.

“Sesetengah orang suka menyewa jauh dari keluarga tapi saya pula lain. Saya yang tak nak kerana saya tak boleh tinggal seorang sebab saya cepat bosan.

“Mungkin kalau nak duduk menyewa pun saya kena ada rakan serumah. Tapi kalau ada pula mungkin nanti bergaduh juga. Jadi, saya malas fikir dan seronok tinggal dengan keluarga.

“Syukur saya dapat jumpa mereka hari-hari. Dalam kerja pula, saya kerap terbabit dengan penggambaran drama bersiri yang panjang. Jadi apabila ada cuti panjang saya akan pergi melancong,” katanya.

Menurutnya, memandangkan statusnya masih solo, dia merasa mahu meluangkan masa untuk diri sendiri juga.

“Kerja itu kerja juga tapi kita kena hiburkan diri sendiri juga selepas penat bertungkus lumus mencari rezeki. Kalau ikutkan dari awal berlakon, saya memang banyak berlakon drama panjang.

“Drama pertama saya 30 episod, kemudian 28 episod. Malah ada juga 40 episod. Drama pendek hanya ada dua atau tiga saja. Mungkin dah terbiasa dari awal, bila dapat tawaran drama episod saya anggap tiada apa-apa.

“Cara saya kekalkan momentum tenaga ialah menjaga makan, cukup rehat dan tak ‘stress’. Kita kena seronok dengan apa yang kita buat,” katanya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *