Pensohor media sosial, Kasih Iris Leona tampil memberi kenyataan mengenai pendiriannya mengenai konflik di Gaza yang masih berlanjutan sehingga kini.

Kasih Iris Leona tetap bersama Palestin

Sebelum ini, bapa Leona, pelakon Azhar Sulaiman mengkritik artis-artis Malaysia yang menyokong para pejuang Hamas agar berpindah saja ke Palestin bagi membantu dalam konflik peperangan bersama rejim Zionis.

Ujar Leona, pendapat bapanya itu tidak mempunyai kena mengena dengan pendiriannya selama ini yang menyokong Palestin.

Pernah mengunjungi Palestin

Tambahnya lagi, dia pernah mengunjungi negara bergolak itu dan tetap dengan pendiriannya bahawa penghapusan etnik yang berlaku kepada rakyat Palestin pada ketika ini sudah lama berlanjutan sebelum 7 Oktober 2023 lagi.

Disebabkan itu, Leona meminta orang ramai di luar sana untuk memahami meskipun dia mempunyai pertalian darah dengan pelakon itu, dia tidak mempunyai pandangan yang sama dan seragam mengenai sesuatu isu, apatah lagi perkara sensitif seperti itu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *