Sedia maklum, usahawan yang dikenali ramai iaitu Datuk Seri Vida baru-baru ini telah menunaikan ibadah umrah bersama dengan anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Buat ‘room tour’ di Mekah

Terbaru, melalui platform TikTok milik Cik B, dia telah membuat room tour memaparkan tempat penginapan keluarga kecilnya ketika berada di Tanah Suci.

Dapat dilihat dalam video tersebut, hotel yang didiami oleh mereka kelihatan sungguh mewah, di mana ada ruangan tamu, dapur, tempat pencuci pakaian dan bilik.

Yang paling menarik mengenai hotel tersebut adalah pemandangan yang berhadapan dengan Masjidil Haram.

10 hari RM220,000

Dalam pada masa yang sama, Cik B turut sempat bertanya kepada Vida jumlah yang telah dikeluarkan bagi menduduki di hotel mewah berkenaan.

Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000.

Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen terpukau melihat kecantikan hotel mewah tersebut serta berasa kagum dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarga itu.

komen
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *