Nampaknya, pelakon Fathia Latiff masih berusaha untuk mendapatkan perhatian isteri kepada bekas kekasihnya Aiman Hakim Ridza iaitu Zahirah Macwilson.
Terbaru, Fathia meluahkan hasrat untuk berduet bersama Zahirah di TikTok namun ia tidak diaktifkan aktres jelita itu.
Hasrat itu dinyatakan Fathia menerusi satu hantaran di Instagram Story terhadap video Zahirah yang sedang menari bersama-sama ‘baby bumpnya’.
Fathia juga dilihat meninggalkan komen pujian terhadap gusi aktres tersebut.

Perkara itu kemudiannya melarat apabila Fathia seolah-olah mula ‘mencari pasal’ dengan Aiman dan Zahirah dan turut menuntut permohonan maaf daripada kedua-dua pasangan selebriti itu.
Namun begitu, di sebalik asakan yang diberikan Fathia di media sosial, Zahirah dan Aiman dilihat tenang menghadapi hari-hari seperti biasa dan tidak memberikan sebarang respon.
Source :