Baru-baru ini pelakon Fathia Latiff ada berkongsi foto percutiannya ketika dia sedang bercuti di Bali, Indonesia buat tatapan peminat.
Dalam hantaran tersebut, Fathia dilihat mengenakan busana pakaian separuh badan atau berkemban di bahagian dada.

Namun perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada netizen apatah lagi apabila terlihat seperti tatu di bahagian lengannya.
Kata netizen, mereka risaukan keadaan Fathia yang mungkin memuat naik perkara lain pula selepas ini.

Terdahulu, nama pelakon Fathia Latiff menjadi sorotan gara-gara kritikannya terhadap bekas kekasih, pelakon Aiman Hakim Ridza dan isteri, Zahirah Macwilson yang didakwa seperti bibik dan pembantu rumah.
Source :