Kuala Lumpur: Anggota BLACKPINK, Lisa, 26, memulakan langkah dalam bidang lakonan di Hollywood apabila diumumkan bakal membintangi siri The White Lotus musim ketiga.

Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal bakal menyertai barisan pelakon popular lain di mana penggambarannya akan dimulakan bulan ini.

Antara yang membintanginya ialah Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs dan Julian Kostov.

Turut berlakon, Michelle Monaghan, Sam Nivola, Morgana O’Reilly, Lek Patravadi, Shalini Peiris, Parker Posey, Natasha Rothwell, Patrick Schwarzenegger, Tayme Thapthimthong dan Aimee Lou Wood.

Diterbit dan diarahkan Mike White, penggambaran musim baharu itu akan dijalankan di Koh Samui, Phuket dan Bangkok di Thailand.

Siri original HBO itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan Thailand untuk tujuan promosi dan sokongan.

The White Lotus menjadi popular selepas diperkenalkan pada 2021. Musim pertama penggambaran dibuat di Hawaii, Amerika Syarikat. Ia berjaya meraih 20 pencalonan di Emmy Awards dan menang 10 kategori.

Musim keduanya yang ditayangkan pada Disember 2022 dibuat di Sicily, Itali mendapat 23 pencalonan di Emmy Awards dan menang lima kategori termasuk drama siri terbaik.

Lisa menjadi anggota kedua BLACKPINK menceburi bidang lakonan selepas Jennie membintangi siri The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *