ERRY Putra. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Erry Putra, 46, menafikan dia menciplak lagu seseorang dengan memaklumkan sudah membayar pada komposer lagu berkenaan untuk merakamkannya.

Erry atau nama sebenar Muhammad Razlan Hamzah Ahmad berkata, dia sudah merakamkan lagu terbaharu yang tiba-tiba mencetus sensasi itu kira-kira lima tahun lalu dan sekarang mula nak dilancarkan kepada pendengar. -Advertisement-Ads by

“Saya nak tanya dia yang kata saya ciplak lagunya. Bila awak rakam lagu ini? Saya dah rakam lagu ini lima tahun lalu. Memang saya baru nak release (lancarkan) sekarang.

“Kenapa kecoh-kecoh kepada media. Kata saya dah ciplak lagu dia. Saya nak tanya, di mana dia dapat lagu ini sebenarnya. Entah-entah budak itu (komposer) beri dia dengar ‘demo’ saja,” katanya.

Terdahulu, penjelasan itu dibuat Erry menerusi hantaran video di Instagram berhubung dirinya didakwa menciplak lagu, sekali gus merakamkannya sebagai lagu baharu.

Dalam videonya itu, Erry juga menegaskan dia sama sekali tidak menciplak lagu sesiapa seperti didakwa individu terbabit kepadanya berikutan karya itu diperoleh daripada seorang komposer yang ada hak cipta.

Sebelum ini, kecoh apabila penyanyi dan pengacara, Kelly Azman, 47, terkilan dengan Erry yang didakwa menciplak lagu nyanyian dan ciptaannya berjudul No No No.

Kelly juga memaklumkan dia terkejut apabila lagu pop yang sudah dilancarkannya pada Jun 2018 itu ‘mirip’ dengan single terbaharu Erry, Oh No Sayang dan mohon pendengar menilai sendiri.

“Melodi lagu nyanyian Erry saling tak tumpah dengan lagu No No No yang saya pernah rakamkan sebelum ini.

“Saya kecewa kerana saya kenal Erry. Dia rakan industri, sudah pasti kami saling mengenali dan tiada masalah sebelum ini. Saya cuba hubunginya, tapi dia senyap,” katanya.

kreadit :hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *