ERNIE Zakri. FOTO Rohanis Shukri
Kuala Lumpur: “Saya rasa orang (individu) itu sakit. Kenapa kita nak layan orang yang kurang berakal?,” kata penyanyi, Ernie Zakri. -Advertisement-Ads by
Ernie berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang individu yang mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan pemuzik, Anwar Amzah.
Menurut Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, dakwaan itu juga mengarut dan dia juga sudah lama diganggu individu terbabit di media sosial.
Katanya, dia juga menyifatkan individu berkenaan mempunyai masalah mental kerana kerap mengambil tahu tentang kehidupannya dan keluarga.
“Saya berasa kami diganggu orang yang sama kerana Anwar (pemuzik) turut mendapat mesej yang sama seperti saya dan suami (Syamel).
“Ketika Anwar beritahu mengenai perkara itu, kami tergelak kerana sudah kerap dapat mesej sebegitu,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Ernie ditemui pada majlis ‘Meet And Greet’ Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 yang berlansung di Pasar Seni di sini, hari ini.
Mengenai individu itu lagi, kata Ernie, dia juga minta Anwar supaya bertenang dan tidak buat sebarang kenyataan.
“Individu ini seperti banyak masa nak menggali kehidupan masa kini dan lampau saya,” katanya.
Ditanya tindakan selanjutnya, Ernie berkata, dia dan Syamel tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya mereka pernah menasihatkan individu berkenaan tetapi tidak diendahkan.
“Saya tak tahu sama ada individu ini obses pada saya atau Syamel? Mungkin dia tidak boleh terima perkahwinan kami.
“Saya pun tak sangka wujud orang seperti itu. Kami diganggu individu ini sejak bertunang lagi. Saya doakan yang baik-baik buatnya,” katanya.
Bagaimanapun, Ernie memaklumkan dia juga tidak mahu beri perhatian terhadap dakwaan individu terbabit.
“Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang diganggu peminat ini (individu) sejak beberapa tahun lalu.
“Saya tak rasa dia layak mendapatkan komen daripada saya kerana saya tidak mahu tahu kewudujannya.
“Apa yang penting, saya dan keluarga tahu mengenai kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan (rumah tangga) saya dan Syamel,” katanya.
Pada masa sama, Ernie mengakui dia dan suami akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang hantaran di media sosial selepas ini.
“Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan kami dan berkongsi di media sosial.
“Tak semua orang suka tengok kita berdua dan berkongsi video ‘sweet’. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu,” katanya.
Terdahulu, seorang pemuzik, Anwar Amzah menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan dengan Ernie seperti diperkatakan di media sosial.
Pemuzik itu tampil membuat kenyataan selepas menerima mesej daripada seorang individu yang menuduhnya memakai baju sama dengan Ernie seakan mereka menjalinkan hubungan.
kreadit : hmetro.com