Pelakon Shakilla Khoriri baru-baru ini ada menitipkan nasihat buat anak perempuan, Ameena Sofia ketika sesi temu buat bersama Majalah PaMa.

Ucap Shakilla, dia berharap Ameena dapat melihat video tersebut kelak dan memahami apa yang telah berlaku sudah ditetapkan Allah S.W.T dan dia sebagai ibu sentiasa ingin melakukan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.

Tambahnya lagi, kehidupan mereka berdua kini lebih tenang dan gembira setelah melalui pelbagai kesusahan sebelum ini.

Kata Shakilla, bila dirinya terpaksa memilih kerjaya ataupun anak, dia dengan yakin menulis bahawa Ameena adalah keutamaan dan pastinya, duit boleh dicari kerana rezeki itu ditentukan oleh Allah S.W.T.

Dia dalam pada itu turut menjelaskan bahawa dia menyayangi Fizi Ali sebagai suami dan bapa kepada anaknya namun takdir Tuhan lebih mengetahui mengapa mereka terpaksa berpisah.

Sekadar info, Shakilla Khoriri telah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun bercerai hujung tahun 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.

Sumber Asal :- https://beautifulnara.com/ummi-sayang-daddy-ameena-tapi-ummi-tak-boleh-bersama-sampai-waktu-ini-luahan-shakilla-khoriri-undang-sebak-netizen/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *