Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Yonnyboii dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nik Nazira Narriman bersalin semalam.
Yonny atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, memaklumkan berita gembira itu di Instagram, hari ini.
“Selamat datang ke dunia ini wahai anak lelakiku,” tulisnya ringkas.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sakit ini turut memberikan gelaran ‘Baby Kai’ atau singkatan kepada Kairo buat anak sulungnya itu menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi perkongsian yang sama, Yonny turut memuat naik beberapa gambar isterinya bersama anak mereka itu di atas katil hospital.
Terdahulu, Yonny dan isteri memuat naik gambar mereka menghadiri majlis tayangan filem Barbie beberapa jam sebelum bersalin.
Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.

Kredit: Harian Metro