Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan tanda pagar gabungan namanya dengan tunang, Ubaidillah.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah berkata sebutan tanda pagar yang dibuat oleh netizen itu kedengaran tidak sopan.

Malah, penyanyi berusia 32 tahun itu meminta orang ramai untuk berhenti menggunakan tanda pagar tersebut.

Dalam pada itu, Shila menganggap dia perlu memberitahu orang ramai mengenai apa yang tidak disukainya dan mereka perlu menghormati perkara itu.
Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menyifatkan netizen yang masih menggunakan tanda pagar itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal fikiran.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shila memberi cadangan kepada orang ramai untuk menukar tanda pagar gabungan nama mereka.

Sumber DAri : https://beautifulnara.com/shila-amzah-tak-suka-hashtag-shibai-minta-netizen-berhenti-guna-kalau-pakai-jugak-maknanya-tak-ada-otak/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *