Umum sedia maklum, tokoh ulama besar dunia Islam, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz selamat tiba di Malaysia sejak beberapa hari yang lalu telah berjaya menarik perhatian ramai di media sosial.

Mana tidaknya, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk turut sertai majlis ilmu yang penuh berkah tambahan pula disampaikan oleh tokoh ulama besar yang disegani seluruh umat Islam.

Difahamkan, Habib Umar serta Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah al Azhari turut hadir dalam Majlis Ilmu Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat lalu.

Dikatakan, lebih 18,000 umat Islam menghadiri majlis tersebut yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli program bacaan maulid.

.

Bukan itu sahaja, Habib Umar turut mengadakan Rehlah Dakwah di beberapa tempat di Malaysia termasuk di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan kehadiran tokoh ulama tersebut di Masjid Putra, Putrajaya yang dikawal ketat oleh pengawal peribadi sambil disambut ribuan tetamu sepanjang laluan masuk masjid itu.

@wanluqman Masjid Putra #alhabibumarbinhafidz #alhabib #cintaulama ♬ Syi'ir Tawasul Al-Rifa'ie – Al-Rifa'ie Satu

https://www.tiktok.com/embed/v2/7237537956129492226?lang=en-US&referrer=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Framai-rasai-bumi-malaysia-sejuk-sejak-kehadiran-tokoh-ulama-besar-dunia-islam&embedFrom=oembed

Sejak ulama besar datang, bumi Malaysia jadi lebih sejuk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dapat bersua dengan ulama itu secara bersemuka dan mereka dapat merasai bumi Malaysia menjadi lebih sejuk berbanding sebelum ini.

Semoga dipermudahkan segala urusannya

Sementara itu, ramai yang berasa cemburu apabila melihat pengawal peribadi dapat memeluk Habib Umar demi melindunginya sepanjang menuju ke masjid memandang tidak semua orang yang bertuah dapat merasai perkara sebegitu.

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar segala urusan Habib Umar dalam perjuangan untuk terus menyebar dakwah dipermudahkan serta sentiasa dibawah perlindungan Allah selalu.

Sumber: Facebook @Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia, TikTok @wanluqman , ohmymedia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *