Tular di media sosial mengenai gelagat spontan dua orang adik beradik penyanyi tempatan, Ayda Jebat dan Fyna Jebat bermain filter TikTok.
Filter tersebut bertajuk “muka kau sesuai berlakon watak?” dan sungguh tidak sangka bahawa kedua mereka menerima watak sebagai seorang ‘penyondol’. Hm, lain macam ni.
Menerusi video tersebut, kedua adik beradik tersebut agak terkejut namun mampu ketawa dan sempat berseloroh sesama sendiri.
@tv3malaysia Ehh alamak ! Opss komen yang baik baik sajo okay… 🤭🫣 ▶️ Tonton Anugerah Drama Sangat, 12 Mac, Ahad, 9 malam di TV3 dan Strim Live HD di Tonton! #A#AnugerahDramaSangatLagiDramaLagiRasaDramaSangat ##TV3Malaysia ♬ original sound – TV3Malaysia
Adik, watak ini sesuai untuk awak. – Ayda Jebat
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dan mengatakan bahawa filter tersebut seakan-akan ‘kena’ dengan situasi semasa mengenai Fyna Jebat.


Sebelum in, adik kepada Ayda Jebat itu terlibat dalam kontroversi mengenai perkahwinannya bersama Datuk Zainal Abidin. Nama penyanyi tersebut menjadi bualan warganet dan dilabel sebagai ‘penyondol’ kerana menjadi isteri kedua bekas jurulatih bola sepak itu.
kreadit : ohmedia.com