Tash Yong dan antara ‘benda tajam’ yang dihantar melalui sihir kepada Tash yang dikongsikannya di Instagram.

Kuala Lumpur: Muntah keluar rambut, mata pisau cukur, jarum peniti 31 batang, paku karat dan batu. 

  Itulah pengalaman perit dilalui pelakon Tash Yong, 32, yang mendakwa dirinya berdepan sihir atau ilmu hitam sejak lebih 20 tahun lalu.

   Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli  yang dihubungi berkata, ujian ini dilalui sejak zaman sekolah dan sememangnya diketahui oleh rakan-rakannya.

   “Mereka mesej saya bertanya keadaan sekarang dan terkejut kerana ia belum berakhir sedangkan tempohnya dah nak dekat 20 tahun. Paling kritikal pada 2007 lalu. 

   “Sampai tahap saya lari rumah sebab stress (tertekan) dan tinggal dengan emak tiri di Melaka. Saya percaya yang buat itu bukan orang luar. Saya tahu orangnya, tapi letakkan mungkin 10 peratus bukan dia. 

 “Bayangkan saya pernah alami pendarahan alat sulit enam bulan tanpa henti. Kalau orang kata haid dua minggu macam lama sangat, ini sampai enam bulan,” katanya. 

   Menurut Tash, dia dijaga emak tirinya dan dibawa pergi berubat sehinggakan emak tiri juga sakit kena gangguan yang teruk.

   “Contohnya, saya tidur malam dalam keadaan takut disebelah dia. Tiba-tiba muka dia bertukar. Satu rumah juga kena gangguan. Kena tindih juga satu perkara biasa.

   “Masalah ini lama-lama dibiarkan jadi makin teruk. Ia turut bawa kesan dalam karier seni. Orang tengok kita rasa macam sakit hati, nak marah dan cari gaduh. Apa yang dibuat rasa tak kena.

   “Saya ikhtiar jumpa ustaz untuk berubat. Enam ustaz ditemui cakap orang sama yang buat saya. Ustaz terbaru yang saya jumpa, rujuk benda ini (sihir) dengan gurunya di luar negara dan beritahu saya dibuat oleh individu sama,” katanya. 

   Dia juga kecewa apabila perniagaan kerepeknya TYS terganggu akibat gangguan sihir ini.

   “Sampai satu tahap team (pasukan) saya tengah seronok buat duit, namun tiba-tiba diganggu sehingga mereka lemah semangat serba tak kena. 

  “Saya juga kena tindih sampai tahap nak mati kerana seluruh badan kena kunci ketika tidur. Adakala ternampak kelibat nenek kebayan. Apapun, saya ikhtiar untuk berubat saja bukan ingin pulangkan sihir kepada orang itu semula,” katanya. 

   Tasha yang pernah membintangi drama Memori Cinta Suraya, Cinta Ibadah dan pelbagai drama lagi bagaimanapun mengakui bersyukur kerana apa yang berlaku membuatkan dia lebih dekat dengan Allah dan lebih kenal agama. 

   “Allah izinkan pun bersebab. Kalau tidak, saya masih lagi jahil dan kurang ambil tahu tentang agama,” katanya.

kreadit : hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *