Menjaga ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan merupakan perkara yang mencabar bagi seorang anak.

Begitu juga dengan chef selebriti terkenal, Chef Wan yang berkongsi mengenai kesihatan ibunya yang makin merosot baru-baru ini.

Keadaan makin teruk

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, dirinya berasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Mak kini tak tahu untuk buat apa-apa. Walaupun nak ikat kain sendiri pun dia taktau. – Chef Wan

Ibu kepada Chef Wan, Cik Ani berusia mencecah 91 tahun dan merupakan seorang penghidap dimentia dan kanser payudara.

Bagi alasan

Tambahan, Chef Wan juga berkongsi bahawa dirinya berasa kesal dengan sikap adik-beradik yang lain memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan begitu.

Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata. – Chef Wan

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar urusan Chef Wan untuk menjaga emaknya dipermudahkan.

Kreadit : Ohmedia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *