Kuala Lumpur: “Itu bukan tanda salib, itu dagger (pisau). Korang ingat aku ni kafir ke apa? Itu pisau… semua pisau mesti ada batang yang ada bentuk macam tu.

“Lain la kalau aku pakai butter knife untuk spread butter jam, nutella semua tu. Takkan nak pakai pisau tu. dagger bukan salib!.”

Demikian kenyataan tegas pelakon Datuk Aaron Aziz terhadap komen negatif segelintir pihak yang mendakwa dirinya memakai tatu berbentuk salib.

Isu ini tercetus berikutan perkongsian gambar pelakon terbabit di Instagram miliknya baru-baru ini.

Netizen mempertikaikan pemilihan tatu aktor berbadan sasa ini sehingga memaksanya menjelaskan situasi sebenar menerusi video di akaun TikTok miliknya pada Isnin.

Menerusi video sama, Aaron turut memberi pesanan kepada seluruh pengikutnya untuk membuka minda serta tidak terus memikirkan perkara negatif.ADVERTISING

“Buka minda, husnuzon sikit,” katanya sebelum mengakhiri video terbabit.

Difahamkan corak tatu dagger itu adalah salah satu elemen watak Aaron dalam filem terbarunya ‘The Original Gangster’ arahan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Netizen nampaknya berpuashati dengan penjelasan Aaron. Malah mereka turut terhibur dengan aksi dan gelagatnya yang menjelir lidah dalam video terbabit.

Usaha Harian Metro menghubungi Aaron gagal selepas kiriman Whatsapp dan panggilan telefon tidak dijawab.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *