Sekarang ini, kemelut diantara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sudah semakin ‘hangat’ di platform media sosial.
Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya bertegas akan melawan dengan membawa kes saman fitnah terbabit hingga ke Mahkamah Tinggi.
Dilihat dari hantaran itu, pendakwa itu kelihatan sangat tetap dengan pendiriannya dan mengatakan ini merupakan peluang untuk dirinya melawan KJ.
Meninjau di ruangan komen hantaran status tersebut, hampir kesemua meninggalkan respon menyokong seratus peratus apa yang hendak dilakukan oleh Abu Syafiq serta berdoa agar segalanya dipermudahkan buat pendakwah terbabit melawan saman menteri itu.
Sekadar info, KJ sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau akan memfailkan surat saman kepada pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq atas sebab sering memuatnaik hantaran ‘panas’ mengenai COVID-19 dan meminta pendakwah itu membuat permohonan maaf.
Tidak gentar dengan amaran yang diberi, Abu Syafiq mengatakan dirinya akan balas saman terhadap menteri itu sebanyak RM500 juta.
Sumber Asal : https://beautifulnara.com/saya-akan-lawan-kj-dia-ingat-kita-takut-ini-peluang-saya-tibai-dia-ustaz-abu-syafiq/