KUALA LUMPUR: Dengan rekod 27 tahun menjadi anak seni, Erra Fazira atau nama penuh, Fazira Wan Chek, 47, percaya formula mempelbagaikan bakat atau dalam istilah sekarang versatil perlu menjadi pegangan artis untuk terus relevan.

Bagi Erra yang digelar ‘Primadona Filem Melayu’, dia tidak boleh statik dengan apa yang dimiliki atau terus leka dalam zon selesa.

Pernah melakar sejarah merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali sejak 1994, Erra optimis mencabar diri mencuba pelbagai cabang seni lain.

Buktinya, ibu kepada Engku Aleesya ini yang selama ini menyanyi dan berlakon, turut berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan dan menembusi pasaran televisyen (TV).

Maka, tidak pelik, penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini bolos buat kali pertama sebagai calon Top 5 kategori Artis Versatil Popular ABPBH 34.

“Lambat laun, jadi artis atau anak seni ini tidak boleh terarah kepada satu bidang kerja atau gelaran semata mata. Seperti saya sebelum ini, banyak berlakon filem.https://f06ec52d31ea04c1d57f7b04772f983a.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

“Bolos Top 5 bagi kategori Artis Versatil Popular membuatkan saya terkejut bercampur teruja. Saya melihat pencalonan itu sebagai suatu anjakan seni.

Terus bertahan, Erra menjadi antara bintang ‘senior’ yang menempah tempat sebagai finalis ABPBH 34. Foto Ihsan @Blackpepperproduction
Terus bertahan, Erra menjadi antara bintang ‘senior’ yang menempah tempat sebagai finalis ABPBH 34. Foto Ihsan @Blackpepperproduction

“Saya pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Pengacara Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular,” katanya kepada BH Online.

Erra percaya pencalonan terbaru di ABPBH 34 sebagai isyarat peribadi yang sangat positif.

“Ini bermakna apa yang saya lakukan disedari dan diperhatikan demi survival,” katanya.

Dalam kategori Artis Versatil Popular, Erra sebagai artis ‘senior’ berentap dengan generasi baharu termasuk Siti Nordiana, Mira Filzah, Janna Nick dan Sissy Imann.

“Tampak jelas calon lain bijak memasarkan diri untuk mempelbagaikan kerja seni. Tidaklah semata-mata bergantung kepada berlakon filem atau drama.

“Pendek kata, untuk kekal relevan, artis tidak boleh bergantung kepada satu kategori atau cabang seni sahaja. Kalau rasa selain berlakon, boleh mengacara, cabar diri dan lakukannya.

“Langkah ini bagus untuk industri seni. Lihat saja bagaimana industri seni K-pop di Korea. Artis mereka turut mempelbagaikan bakat seni dan bersaing secara sihat,” katanya.

Tambah pelakon filem Sembilu itu, bersaing dengan empat calon Top 5 dianggap penghormatan buatnya.

“Bagi saya untuk berada sebaris dengan generasi pelapis, menjadi suatu kebanggaan. Soal menang atau kalah, ia rezeki Allah dan pastinya atas undian serta sokongan peminat,” katanya yang disokong kelab peminat, Bersama Erra.

Erra memuji usaha peminat yang tidak putus-putus menyokong dan mengundinya pada ABPBH 34.

“Hampir setiap hari peminat akan kongsi dan hantar laporan undian mereka di Instagram (IG). Saya amat terhutang budi dan terharu dengan kesungguhan mereka.

“Pada suatu tahap, saya rasa macam hendak senyap dan tidak aktif dalam arena seni. Peminatlah beri isyarat yang mereka masih mahu saya berkongsi bakat.

“Peminat tidak pernah jemu membakar semangat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Erra berkongsi perancangannya dalam bidang muzik.

“Biasalah apabila berdepan ujian pandemik COVID-19, segala-galanya tergendala. Perancangannya memang hendak melancarkan album penuh sebagai hadiah kepada peminat.

“Album itu dijangka memuatkan lagu solo dan duet. Mengikut perancnagan, album itu dimuatkan dengan antara dua atau tiga single baharu dan karya lama.

“Jika tidak jadi seperti dirancang, saya mungkin menghasilkan single demi single yang dihimpunkan dalam album.

“Saya ada lagu duet dengan Naqiu, namun, belum sempat dirakamkan. Selain itu saya akan mempertimbangkan cadangan merakamkan lagu duet bersama beberapa penyanyi lain,” katanya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *