Pengarah dan juga penerbit terkenal, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia, lewat tengah malam.

Berita duka itu dimaklumkan oleh seorang Pembantu Perubatan, Din Dressa menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya untuk pengetahuan netizen.

Menerusi hantaran itu, Mamat Khalid yang berusia 58 tahun telah dikejarkan ke Hospital Slim River, Perak sekitar tengah malam.

Perkara tersebut juga telah disahkan Setiausaha Agung Persatuan Senima, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Ujar Hafiz, arwah telah pengsan di restoran miliknya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital lalu meninggal dunia.

Sebab kematian dilaporkan adalah kerana serangan jantung secara tiba-tiba.

Sekadar info, Allahyarham Mamat Khalid pernah menerbit dan mengarah filem-filem komedi popular seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisa, Rock dan juga Hantu Kak Limah.

Al-Fatihah dan takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Mamat Khalid di atas pemergian ini.

Sumber dari : https://beautifulnara.com/takziah-mamat-khalid-meninggal-dunia-lewat-malam-tadi/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *