Sudah pun bergelar isteri, Elizabeth Tan nampaknya lebih senang menghabiskan masanya bersama suami namun kekal berinteraksi dengan peminat menerusi laman Instagram miliknya.
Pun begitu, penyanyi wanita ini peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Melihatkan ramai yang memerlukan bantuan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, Elizabeth yang mesra dipanggil Lizzy meminta sesiapa yang terjejas untuk menghubunginya.

Tambahnya lagi, dia memohon maaf kerana tidak mampu meringankan beban semua orang dan meminta kerjasama sesiapa yang memerlukan bantuan supaya bersikap jujur.
Hal ini supaya bantuan itu dapat diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
SUMBER ASAL : Elizabeth Tan Sumbang 50 Peratus Pendapatan Untuk Bantu Golongan Memerlukan (beautifulnara.com)