KUALA LUMPUR: Selepas pemain gitar Kristal, Rody positif COVID-19, kini isterinya, Niena Azman pula disahkan positif jangkitan berkenaan.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin berkata, isterinya mengalami gejala sama iaitu demam panas dan sakit kepala.

“Isteri disahkan positif COVID-19 selepas menerima keputusan ujian calitan semalam. Niena terus menjalani tempoh kuarantin bersama saya di rumah ibu bapa.

“Niena mengalami gejala sama. Hingga kini, masih demam dan sakit kepala,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Rody menerusi hantaran dalam Instagram (IG) berkongsi mengenai isterinya disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin bersamanya. 

Ahad lalu, Rody mengumumkan dirinya dijangkiti COVID-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang positif virus itu terlebih dahulu. 

Pemain gitar Kristal, Rody memohon doa supaya ibu bapa dan dua cahaya mata tidak mendapatkan jangkitan COVID-19 daripadanya dan isteri. - Foto IG Rody Kristal
Pemain gitar Kristal, Rody memohon doa supaya ibu bapa dan dua cahaya mata tidak mendapatkan jangkitan COVID-19 daripadanya dan isteri. – Foto IG Rody Kristal

Rody berkata, dia tidak putus berdoa dan meminta orang ramai untuk mendoakan supaya dua cahaya mata serta orang tuanya dijauhi dijangkitkan COVID-19.

“Doakan ibu bapa dan anak-anak saya yang membuat ujian saringan hari ini berada dalam keadaan baik. Mereka kini tinggal di rumah saya buat sementara waktu,” katanya. 

Sementara itu, Niena turut memaklumkan dirinya positif COVID-19 di IG.

“Awalnya, memang sedih apabila semua terjadi dalam satu masa. Bagaimanapun, ramai memberikan sokongan dan mendoakan saya dan keluarga membuatkan saya lebih tenang. Saya dan Rody sangat hargai sokongan ini.

“COVID-19 adalah benar dan ia menyakitkan, itu saya tidak tipu. Tolong jaga diri dan ingatlah orang yang tersayang,” katanya.

Rody dan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018. Pasangan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah, 1.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *