KUALA LUMPUR: Majlis pernikahan Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, atau PU Riz ‘trending’ di laman sosial, Twitter, hari ini.

Sehingga jam 4 petang, majlis perkahwinan pasangan yang berlangsung dari jam 10 pagi itu mencatatkan lebih 76,500 ciapan di laman sosial berkenaan.

Selain itu, tanda pagar #NLFH yang membawa makna ‘Neelofa Love Forever Haris’ mencatatkan lebih 7,800 ciapan.

Melalui tinjauan di laman sosial, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan itu.

Tidak cukup itu, keindahan dewan pernikahan rekaan Reka Teemor yang berkonsepkan Jabal Rahmah iaitu pergunungan yang menjadi tempat penyatuan cinta agung Adam dan Hawa, turut dipuji.

Tampak lebih eksklusif, semua tetamu mengenakan busana putih yang menjadikan acara elegan.

Pada majlis yang dikendalikan pengacara, Ahmad Fedtri Yahya, kira-kira 200 tetamu hadir menyaksikan ikatan cinta yang berputik antara Neelofa dan Riz sejak 2019 itu.

Sehingga jam 4 petang, majlis perkahwinan PU Riz dan Neelofa lebih 76,500 ciapan di Twitter. Foto Wedlocx.co
Sehingga jam 4 petang, majlis perkahwinan PU Riz dan Neelofa lebih 76,500 ciapan di Twitter. Foto Wedlocx.co

Selain kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberikan tazkirah ringkas dan khutbah nikah, turut terlihat Ustaz Ahmad Dusuki.

Malah, beberapa selebriti popular hadir antaranya Awal Ashaari, Scha Alyahya, Izara Aishah, Shalma Ainaa, Hannah Delisha dan Datuk Rizalman Ibrahim.

Neelofa dan Haris dinikahkan adik lelaki Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor pada jam 11.43 pagi tadi.

Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki, namun jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *