PENYANYI muda berbakat, Kat Roshan memilih lagu balada sebagai pengakhiran simbolik sebelum beralih ke fasa muzik lebih rancak yang lebih dekat dengan usianya kini.

Kat atau nama sebenarnya Katrina Cheng Roshan, 21, tampil bersama EP keduanya berjudul Rasa yang memuatkan lima lagu hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Chossy Pratama.

“EP ini saya tujukan khas buat Pak Chossy yang beri lagu pertama untuk debut saya iaitu Rasa. Lagu ini dekat sangat dengan hati saya. Setiap melodi dan liriknya menggambarkan perjalanan emosi saya sebagai penyanyi,” kata Kat yang mula dikenali selepas merakamkan lagu debutnya berjudul Rasa pada 2019 ketika baru berusia 15 tahun.

Kat turut mempamerkan kemampuan vokalnya menerusi beberapa lagu popular termasuk Ku Percaya dan Cinta Putih, yang dilancarkan pada 2024.

PauseNextMuteCurrent Time 0:13/Duration 1:23Loaded: 71.63%Fullscreen

Selain Rasa versi baharu, EP ini turut memuatkan dua lagu baharu Ada Apa Gerangan dan Cinta Lama Belum Kelar, serta dua single terdahulu Ku Percaya dan Cinta Putih yang dilancar tahun ini.

Kat mengakui, proses rakaman yang berlangsung sejak 2019 sehingga 2024 penuh cabaran termasuk perbezaan bahasa dan tekanan ketika mula-mula melangkah ke studio.

Penyanyi berdarah campuran Melayu dan Cina ini berkata, selain penghayatan, dia turut memberi tumpuan pada penguasaan bahasa supaya emosi dalam lagu lebih sampai kepada pendengar.

“Saya tahu ada kekurangan dalam sebutan, tapi saya betul-betul cuba sebaik mungkin,” katanya.

KAT mahu cipta lagu lebih 'energetik'.
KAT mahu cipta lagu lebih ‘energetik’.

“EP ini bukan hanya penanda kematangan dalam nyanyian, tetapi juga titik mula kepada perubahan muzik yang bakal diketengahkan selepas ini,” katanya.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya cipta lagu yang lebih ‘energetik’. Irama yang lebih segar sesuai dengan jiwa saya sekarang,” katanya.

Untuk rekod, pada Mei 2021, Kat melancarkan EP pertamanya, My Demons memuatkan lima lagu yang menyelidiki emosi peribadinya, perjalanan hidup dan renungan semasa wabak Covid-19.

Kat pernah mewakili Malaysia ke acara antarabangsa Sound of the South China Sea di Hainan, China pada Mac tahun lalu, bersama Meer Nash menerusi persembahan lagu Wau Bulan yang ditonton lebih dua juta penonton.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *