Penyanyi, Shila Amzah mengesahkan selebriti veteran yang didakwa menyerangnya ketika sesi latihan sebuah konsert adalah lagenda rock terkenal, Amy Search.

endedahan itu sekaligus menjawab segala teka-teki yang bermain dalam kalangan wargamaya di media sosial.

Sehubungan dengan itu, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah meminta orang ramai untuk berhenti mengaitkan isu tersebut dengan seorang lagi lagenda rock, Datuk Awie.

Yang pastinya bukan Kak Ella, bukan Datuk Awie dan siapa yang kata Awie itu, tolonglah berhenti.

Ya betul, saya sahkan (individu itu) adalah bapa kepada Nabila Huda dan keterangan juga dah diambil.

Saya buat ini bukanlah untuk menjejaskan nama baik sesiapa tetapi apa yang salah, tetap salah.

Apa yang menyebabkan sesuatu negatif kepada orang lain itu salah dan tak sepatutnya berlaku.

Shila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas konsert ‘Raise The Star Malaysia’ yang diadakan di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.

Serah pada takdir dan masa

Ketika ditanya adakah dirinya terbuka untuk berdamai, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ tidak memberikan kepastian sebaliknya menyerahkan kepada keadaan dan masa.

Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar.

Nak kata berdamai, bukanlah saya ada ego yang tinggi sehingga tak nak berdamai cuma saya nak tengok ada perubahan seandainya akan ada perubahan dari segi ‘attitude’, sebab perkara ini tak sepatutnya terjadi dalam industri kita. 

Tak kira apa status, ia tidak patut berlaku dalam industri kita. Kalau ada perubahan, siapa je tak lembut hati. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Bercerita lanjut, Shila yang membuat laporan polis kerana mahu mempertahankan diri memaklumkan dia akan menerima apa sahaja keputusan pihak polis dengan hati terbuka.

Dalam masa sama, ibu kepada dua orang anak ini menitipkan pesan kepada orang ramai untuk berani bertindak supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis dan kalau boleh saya tak nak mengganggu siasatan.

Dan apa yang boleh dikatakan ialah saya terima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan oleh pihak polis mengenai kes ini.

Kenapa saya buat laporan polis itu adalah untuk mempertahankan diri saya sebab macam mana saya nak keluar kalau saya rasa tak selamat.

Saya mahu menegaskan bahawa pada zaman sekarang ini, kita jangan tunggu keadaan dah teruk baru nak ambil tindakan.

Bila kita dah ‘bau’ sesuatu perkara itu boleh menjadi lagi teruk, kita kena bertindak supaya pihak satu lagi tidak bertindak lebih dari kemampuan dan di luar kawalan.

Terdahulu, Shila membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya ‘diserang’ oleh seorang penyanyi legenda sewaktu sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, pada Khamis.

Hasil siasatan, polis mendedahkan rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda lelaki tersebut. 

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *