Selepas 20 tahun sinonim sebagai penyanyi band pop punk popular tanah air, Bunkface, Sam melangkah berani apabila tampil dengan projek solo menggunakan nama Samsol
Kini, Samsol tampil dengan single sulung berjudul Borak yang menggabungkan melodi pop yang ‘catchy’.
Menurut Samsol, ia juga disertakan dengan mesej yang sangat dekat dengan realiti.
Katanya, lagu ini menceritakan mengenai pasangan suami isteri atau kekasih yang sedang mengharungi suka duka hidup, dengan kejujuran dalam komunikasi sebagai kunci kebahagiaan bersama.
“Saya hasilkan lagu Borak sebab saya rasa sangat penting untuk pasangan, terutama yang sudah lama bersama untuk terus bercakap secara jujur dan terbuka.
“Kadang-kadang borak yang paling ‘simple’ pun boleh buat hubungan terus kuat,” katanya.about:blank
Apa yang pasti, peminat pasti mengenali suara dan gaya penuh tenaga Samsol, tetapi Borak menampilkan sisi lebih peribadi, di mana dia berkongsi pandangan mengenai cinta, komunikasi dan realiti dalam perhubungan rumah tangga.
Dalam pada itu, perjalanan solo Samsol dijangka membawa semangat Bunkface ke arah lebih matang dengan cerita lebih mendalam dan penuh keikhlasan, sambil mengekalkan muzik yang ‘catchy’ dan dekat di hati.
