Pelakon dan usahawan, Izara Aishah meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pempengaruh yang berperangai biadab dan tidak menghormati orang awam.

Menerusi satu hantaran di Threads, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham menegur sikap segelintir pempengaruh yang disifatkan terlalu meninggi diri.

Izara Aishah
Menurutnya, individu terbabit dilihat gemar menunjuk-nunjuk jam tangan, aksesori serta beg berjenama tiruan, namun bersikap angkuh terhadap orang di sekeliling.

Dia kerap ‘flex’ jam tangan, perhiasan dan beg pochette berjenama tiruan dan jeling kepada orang sekeliling. Sangat tidak menghormati orang dan rasa diri tu tinggi.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang tampil berkongsi pengalaman berdepan dengan individu berperangai serupa.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *