Baru-baru ini, pelakon, Fizo Omar didakwa kononnya dirinya tidak mempedulikan anak sulung, Wan Maryam hasil perkahwinan sebelum ini bersama usahawan, Mawar.

Dapat jumpa empat hari sebulan saja

Susulan dituduh sedemikian, pelakon terbabit mendedahkan dirinya hanya dapat bertemu dengan Maryam selama empat hari dalam sebulan sahaja.

Namun Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar enggan mengulas lebih lanjut mengenai luahan hati Maryam kerana menganggap ia merupakan reaksi normal seorang kanak-kanak.

Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini.

Tegas Fizo, hubungannya bersama anak sulung sama sekali tidak mempunyai masalah, sebaliknya mereka masih hidup bahagia sebagai satu keluarga.

‘Mana ada bapa tak sayang anak..’
Tambahannya lagi, tanggungjawab sebagai seorang bapa demi menjaga kebahagiaan anak-anak tidak pernah dilupakan olehnya.

Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tidak mahu perkara toksik seperti ini menganggu kehidupan kami seharian.

Sebelum ini, tular di platform media sosial memaparkan luahan Maryam yang berasa sedih sewaktu melakukan 
live bersama ibunya, Mawar dengan mengatakan dia sudah tidak disukai bapanya kerana sudah kurang luangkan masa bersama.
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *