Teruk dikecam dek gelaran ‘perempuan gila’, pelakon serta hos dikenali ramai, Janna Nick tidak mendiamkan diri susulan dituduh sifatnya tidak menghormati kaum wanita.

Bersuara isu gelaran ‘perempuan gila’

Melalui perkongsian video yang dimuat naik oleh tuan empunya badan, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menggelar Fazura dengan gelaran seperti itu.

Isu ini tak sepatutnya dijadikan isu pun. Untuk yang tak faham dan cakap saya hina perempuan, saya ini datang dari broken family. Mak saya pun wanita yang diceraikan. Jadi, saya sangat faham perasaan wanita yang sudah berpisah.

@jannanickofficial

Replying to @fiq kalau tak boleh berak jangan salahkan I ok.

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Tegas Janna lagi, soalan tersebut diajukan merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri mereka.

‘Tiada tujuan hina siapa-siapa’

Soalan itu bukan untuk tujuan menghina sesiapa. Saya tanya sebab saya betul-betul ikhlas nak tahu bagi pihak lelaki yang telah bercerai.

Namun begitu, Janna Nick turut memohon maaf jika soalan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang untuk mana-mana pihak.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *