Kuala Lumpur: “Minta maaf, saya tak perasan terambil masa ustaz.” Demikian kata pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Ravi atau dikenali Ustaz Farid Ravi yang mendengar dengan jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kerana mengambil masa tazkirahnya ketika menyampaikan ucapan dalam sebuah majlis berbuka puasa di Shah Alam, baru-baru ini.

“Jika ikut susunan masa, tazkirah saya bermula 7.10 malam , namun Perdana Menteri (PM) terambil masa saya sedikit.

“Semasa saya naik ke pentas PM minta maaf dari tempat duduknya. Saya dengar dengan jelas. Saya balas tidak mengapa dan teruskan tazkirah ringkas perbezaan antara Siyam dan Saum.

“Selesai tazkirah saya turun pentas, tiba-tiba PM bangun dari tempat duduk dan menghampiri saya. Beliau peluk sambil minta maaf kerana terambil masa saya.

“Kemudian saya balas eh takpa Datuk Seri, ucapan Datuk Seri tadi juga ada tazkirah di dalamnya,” katanya.about:blank

Menurut Farid, beliau cukup mengagumi keperibadian dan kerendahan hati Anwar yang cukup menghormati majlis ilmu dan bagaimana beliau menyantuni ilmuan.

“Masya-Allah, saya kagum dengan ketinggian akhlak beliau yang menghormati majlis ilmu serta cara menyantuni ilmuan.

“Semoga PM sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta dikurniakan keafiatan kemakmuran usia,” katanya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *