Kuala Lumpur: Pelakon juga pelawak Along Cham, 42, menyifatkan dia hanya mampu ketawa dan tiada komen apabila namanya berada di tangga pertama selebriti ‘trending’ untuk pencarian cerita di internet.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, dia tidak tahu hendak komen apa mengenainya dan tindakan yang dirasakan lebih baik adalah tidak memberi komen apa-apa.

“Mampu gelak sajalah. Apa yang saya nak komen. Jadi, ‘no komen’ lah,” katanya ringkas menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Baru-baru ini, nama Along hangat diperkatakan apabila dia akhirnya bebas dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor berkaitan kes dadah pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, difahamkan Along dilepas tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis dan sebutan kes berserta laporan kimia akan disebut pada 7 April depan.

Sebelum itu, Along ditangkap di kediamannya di Cyberjaya pada 14 Disember tahun lalu berhubung dakwaan memiliki dadah itu.

Pada 28 Januari, Along hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk tujuan memfail dan mengesahkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, 33, yang didakwa melanggar lafaz taklik.

Bagaimanapun, urusan menfail dan mengesahkan lafaz cerai taklik itu tidak dapat dibuat Along apabila dia dimaklumkan perlu menguruskannya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Sepang kerana mengukut alamat kediaman.

Terdahulu, pasangan sensasi ini mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan pertama itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki,  Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *