Pelakon terkenal, Fattah Amin, tampil menjelaskan bahawa reaksi anaknya, Nur Fatima Aisya, yang dikatakan merajuk dengannya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi kanak-kanak seusianya.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, menyatakan bahawa luahan spontan Fatima dalam siaran langsung di TikTok baru-baru ini terjadi secara tidak dijangka.

Budak umur empat tahun, kita tak boleh jangka apa yang dia akan cakap. Saya rasa itu perkara biasa. Mungkin dia merajuk.- Jelas Fattah.

Menepis dakwaan wujudnya jurang hubungan dengan anak perempuannya, Fattah menegaskan bahawa mereka baru sahaja bertemu pada hari Jumaat lalu dan segalanya dalam keadaan baik.

Bila kami berjumpa, saya tak nampak reaksinya seperti dalam video yang tular. Kami banyak berbual.- Katanya.

Walaupun mengakui keadaan sekarang tidak seperti dahulu, Fattah tetap berusaha mengekalkan hubungan yang baik dengan Fatima.

Fattah Amin dedah hubungan dengan bekas isteri baik-baik sahaja…

Dia juga berkongsi bahawa dia dan bekas isterinya, Fazura, cuba sebaik mungkin untuk membantu Fatima memahami situasi yang berlaku selepas perceraian mereka.

Saya dan Fazura juga cuba sebaik mungkin untuk membuat Fatima memahami situasi yang berlaku sekarang.

Fattah juga tidak menyalahkan sesiapa tetapi berharap agar orang ramai tidak terus membuat andaian negatif.

Saya tak tahu apa niat orang yang memuat naik video tersebut. Saya harap tiada lagi kecaman. Doakan yang baik-baik.- Jelasnya.

Untuk makluman, Fattah Amin dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Source :