Pelawak, Shahrol Shiro tampil memberi teguran secara terbuka kepada pelawak, Harith Iskander yang didakwa telah menjadikan agama sebagai satu bahan jenaka sekaligus membuka ruang kepada netizen untuk turut serta mempermainkan perkara tersebut.
Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi berkata, seorang pelawak perlu ada batasan dan sensitiviti dalam berjenaka.
Sebagai pelawak, tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut sensitif lebih-lebih lagi melibatkan agama.
Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersendakan, maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama yang melampau.

Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini.

Isu ini mula timbul apabila dia mula membuat jenaka dengan mengatakan imannya tergugat dan dia keliru adakah kopi tersebut untuk diminum atau dimakan oleh kerana nama kopi tersebut mempunyai perkata ‘ham’.