Kuala Lumpur: Pelakon Susan Lankester, 62, dinobatkan pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) 2024 yang berlangsung di Singapura, semalam.
Susan atau nama sebenarnya Susan Anne Lankester, 62, terharu dengan kemenangan yang diraih dan mengucapkan terima kasih kepada juri atas pengiktirafan diberikan itu.
“Terima kasih kepada Anugerah Kreatif Akademi Asia dan juri yang mengiktiraf kemenangan ini. Saya sangat terharu,” katanya.

Dalam satu hantaran, Susan berkongsi detiknya menangis apabila diumumkan menang.
Kemenangan itu menerusi hasil lakonan cemerlangnya dalam filem Rain Town yang membawa watak utama sebagai Aileen Choo.
Aktres berkenaan berjaya menewaskan pelakon dari New Zealand menerusi filem After The Party.