Balu kepada penyanyi, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim telah sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat sekitar 9:30 pagi.

Menerusi hantaran yang telah dikongsikan di aplikasi TikTok, ia memaparkan momen pasangan tersebut melangsungkan pernikahan di Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarganya.

Ina menerima mas kahwin sebanyak RM100.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Ina dan suaminya atas pernikahan mereka.

ina naim kahwin
ina naim kahwin

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *