Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle meminta semua pihak menghormati dan memberi ruang kepada dirinya susulan dilaporkan bakal memfailkan permohonan cerai terhadap Farid Kamil.

Diana berkata, dia percaya tindakannya untuk tidak memberi sebarang kenyataan buat masa ini akan memberi ketenangan kepada semua

“Saya tak mahu komen apa-apa. Beri saya ruang dan privasi. 

“Ia lebih beri kebaikan kepada semua,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam Diana mengejutkan ramai pihak apabila nekad untuk bercerai dengan suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.

Berita itu dikongsikan Diana menerusi satu hantaran di Instagram tanpa mendedahkan punca dia nekad dengan keputusannya itu.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *