Sebelum ini, cef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob mengulas tentang isu penyondol dalam rumah tangga dan katanya itu, mempunyai orang ketiga ini merupakan pilihan individu yang terlibat sendiri.

Pilihan itu ada pada kita. Kalau kita nak diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.

Tak semua penyondol dan disondol bersalah

Dalam pada masa yang sama, Fazley turut menegaskan tidak semua penyondol dan disondol itu salah kerana dalam rumah tangga, ada beberapa hal yang tidak diceritakan kepada orang luar.

Jadi mungkin apabila memilih untuk mencari insan ketiga, mencari kebahagiaan, pada saya adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol, yang disondol atau pun menyalahkan isteri atau suami.

Perkara biasa rasa bosan dalam rumah tangga

Turut sempat meninggalkan pesanan buat suami dan isteri, cef selebriti terbabit menasihati agar pasangan berkahwin untuk sentiasa ingat saat-saat indah ketika mula berkenalan.

Katanya, mempunyai perasaan bosan dan permasalahan dalam perkahwinan itu perkara biasa, tetapi suami serta isteri perlu mencari titik persamaan yang wujud sewaktu tempoh bercinta yang mampu menyelamatkan hubungan.

Setiap pasangan ada kelemahan… tetapi kalau kita dapat cari satu titik persamaan yang pernah wujud satu ketika dulu, insya-Allah percintaan, perkahwinan hubungan itu kekal walaupun ada gangguan.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *