Kuala Lumpur : Pelakon, Alif Hadi, 36, rupa-rupanya berstatus duda dan pernah berkahwin dengan wanita dari keluarga berpengaruh pada usianya masih 20-an, tetapi rumah tangganya cuma bertahan tujuh tahun sebelum bercerai.
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdul Hadi bagaimanapun tidak pernah bercerita mengenainya sebelum ini kerana ia terlalu peribadi selain ingin menjaga nama baik keluarga bekas isterinya.
“Bekas isteri saya daripada keluarga dikenali dalam dunia politik. Kadang-kadang perkara (kisah rumah tangga) ini pun boleh dijadikan bahan dalam politik.
“Ramai orang tak tahu sebab saya tidak mahu timbul masalah ‘ain’ atau orang bercerita mengenainya. Jadi biarlah saya simpan kisah peribadi itu sendiri.
“Ramai juga bertanya soal rumah tangga saya yang dulu tapi saya tidak terlalu berkongsi,” katanya menerusi sesi temubual di ‘podcast’ Confession Bilik Gelap yang dimuat naik di YouTube.
javascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:false
Alif tidak menafikan mendirikan rumah tangga pada usia terlalu muda cabaran terbesar menduga perkahwinan itu.
Dalam tempoh tujuh tahun, dia usaha bertahan demi menjadi hati bekas isteri dan keluarganya.
“Waktu itu saya baru habis belajar terus kahwin. Setahun kami bercinta, dua tahun bertunang dan tujuh tahun melayari alam perkahwinan. Selok-belok alam perkahwinan pun saya masih belum tahu.
“Tujuh tahun bertahan, itu pun keputusan sukar sebab saya jenis fikirkan orang lain berbanding diri sendiri. Saya fikir air muka ibu bapa, mentua dan isteri tapi lama-lama saya yang hilang diri sendiri.
“Saya fikir, saya bazirkan tujuh tahun ini untuk hidup orang lain. Berbaloikah? Sampai satu tahap saya tidak boleh mempertahankan hubungan itu. Kalau kita hilang orang tak mengapa, jangan kita hilang diri sendiri,” katanya.
Pengalaman itu jugalah dijadikan Alif sebagai pedoman terpenting untuk kembali mendirikan rumah tangga pada masa hadapan.
“Perkahwinan pertama mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Biarlah elok di mata saya. Kedua, saya akan lihat tingkah laku, baik dan buruknya. Kalau lebih kepada keburukan, saya perlu berfikir semula.
“Jangan disebabkan cinta dan sayang kita abaikan segala ‘red flag’ yang ada,” katanya.
Terdahulu, Alif mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon, Yasmin Hani terlerai sekitar tiga bulan lalu. –