Seperti yang ramai tahu, baru-baru ini Fatin Afeefa mengumumkan dia sudah bersalin anak ketiganya, tujuh bulan lalu dan telah menjemput media untuk memperkenalkan puteranya dan suami, Alif Awangatau Opai bernama Muhammad Jibril.

Temu bual pasangan itu bersama Melodi meraih perhatian di mana mereka berdua menjawab soalan mengapa tidak mengumumkan kelahiran Jibril sebelum ini.

Ujar Opai, dia dan Fatin mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap keluarga kecil mereka dan berkata media sosial bukanlah keutamaan mereka terutamanya dalam membesarkan anak-anak.

Dalam pada itu, Opai turut dipuji memanggil dua anak tirinya ‘my son and my princess’ dan berbangga menceritakan pencapaian mereka di sekolah.

Menurut netizen, jelas nampak bahawa Opai ikhlas menyayangi dan menjaga dua anak tirinya seperti darah dagingnya sendiri dan melayani Aryan dan Ivy Sophia dengan baik.

Sebenarnya ‘my son’, Arian baru sahaja hafal satu juzuk Al-Quran dan ‘my princess’ menang pertandingan Best Halaqah di sekolahnya. Harapan saya nak anak-anak jadi pewaris Rasulullah SAW dan bertemu di syurga. Sebagai keluarga, itu adalah ‘main goal’ kami.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *