Selepas 18 tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan dia sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu.

Kongsinya, keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama dan hubungannya dengan bekas isteri masih kekal baik.

Saya sendiri telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat. Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini.

Fazley Yaakob dan Azrene Soraya Abdul Aziz bernikah pada 2007 dan dikurniakan empat orang anak, Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13 dan Alayna Selma, 7 tahun.

Sementara itu, menerusi Instagram story pelantun lagu Asmara tersebut dilihat berkongsi foto mereka meluangkan masa bersama anak-anak membuktikan kedua-duanya masih menjaga hubungan baik.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *