ANTARA babak menarik dalam Calar Cinta.

APABILA persahabatan, kepercayaan dan cinta dikhianati pelbagai masalah timbul. Begitupun tidak semua individu mahu terus bermusuh atau menyimpan dendam tetap ada pelbagai cara mengatasinya jika ada kemahuan untuk mengekalkan hubungan silaturahim sesama insan.

Drama siri Calar Cinta berkisar mengenai persahabatan yang dirobek oleh keegoan melalui cinta segitiga yang penuh liku dan kejutan, berperang dengan hasad dengki dan dendam yang bersarang di dalam diri menjadi pilihan mengisi slot Samarinda TV3.

Drama bersiri 15 episod arahan Azhar Khalid atau Apache dan skrip oleh Amaz Mazilan mengisahkan seorang gadis manja dan materialistik bernama Adrea yang hidupnya dilimpahi dengan kemewahan, terjebak dalam permainan cintanya sendiri.

berisiko.

Dendam dan rasa iri hati membuatnya melakukan segala cara untuk mendapatkan cinta Haris, walaupun terpaksa menyakiti hati rakan sendiri, iaitu Inara.

Cinta segitiga antara Adrea, Haris dan Inara penuh dengan liku-liku dan kejutan tak terduga.

Setiap keinginan Adrea sentiasa dapat dipenuhi, dan dia tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya.

Namun, takdir menemukan Adrea dengan dua sahabat baru Inara dan Haris. Inara, seorang kawan yang ikhlas, diam-diam menyimpan cinta pada Haris.

Adrea bergelut dengan sifat iri hati dan selalu berusaha untuk mengatasi sahabat baiknya, Inara dengan mendapatkan cinta Haris.

Manakala Haris, yang benar-benar cintakan Adrea, rela melakukan apa sahaja. Namun, perkahwinan mereka yang akhirnya terbina atas dasar iri hati, bukan cinta, membawa padah.

Tahun-tahun berlalu, dan Adrea semakin tidak berpuas hati dengan Haris yang tidak setanding dengannya. Sikap Adrea yang ego dan penuh hasad menyebabkan Haris tidak tahan lagi dan akhirnya menceraikan Adrea. Tetapi, ini bukanlah pengakhiran. Haris dan Inara kembali rapat, dan harapan Inara untuk cinta yang selama ini terpendam mungkin akan bersinar.

Namun, Adrea tidak pernah mahu mengalah. Dendam dan rasa iri hati masih menyelimuti hatinya. Adrea mula mempermainkan hati Haris sekali lagi, bukan kerana cinta, tetapi kerana dengki yang membara. Dia menggunakan wang, kuasa dan anak mereka, Iris, untuk menarik kembali Haris ke dalam permainannya.

Di satu sudut lain, Dr Zarif hadir dengan harapan untuk memiliki hati Inara. Siapakah yang akan dipilih oleh Inara? Adakah cinta sejatinya bersama Haris atau Dr Zarif? Dan adakah Adrea akan membiarkan kebahagiaan itu tercapai? Adakah Adrea sanggup melakukan apa saja termasuk memanipulasi keadaan demi mendapatkan kembali suaminya?.

Menampilkan barisan pelakon muda yang meningkat naik antaranya Nafiz Muaz, Harissa Adlynn, Qistina Khaled, Sham Visa dan ramai lagi.

Drama terbitan produksi Million Pictures disiarkan setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di platform Tonton.

Source :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *