Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik video berduet bersama bekas isteri pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar di Instagram.

Dalam video tersebut, Ira dan Aliff dilihat menyanyikan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Usahawan kosmetik itu juga sempat berseloroh apabila dia mengatakan Ira cuba merampas ‘takhtanya’ sebelum ini.

Nampak gayanya ada artis cuba merampas takhta saya sebagai artis nombor satu. Tak apa kita kasi ruang kat Ira Kazar berduet dengan saya. Suara siapa lagi sedap, ikhlas ya awak.

Perkongsian Aliff itu kemudian menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua-dua personaliti itu.

Ada juga yang bergurau agar Datin Seri Shahida ‘berhati-hati’ kerana mungkin bakal mempunyai madu disebabkan hantaran tersebut.

Netizen juga memuji kelunakan suara Ira Kazar yang kelihatan bersahaja menyanyikan lagu popular itu.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *