Kuala Lumpur: Penyanyi, Mawi, 43, tidak menghalang andai anaknya, Cahaya Malaika, 12, ingin memilih masa depan dalam industri hiburan tanah air. 

Mawi ketika ditemui berkata, sekiranya Cahaya benar-benar ingin menjadi anak seni, pesanan utamanya adalah, jadilah anak seni yang baik. 

“Kalau dia nak masuk bidang seni, saya tak ada masalah. Cuma, jadilah artis yang baik,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Mawi lagi, anaknya kini mula menunjukkan minat dalam pengacaraan dan petah saat melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

“Di TikTok, anak saya yang ajar dan buatkan. Tak sangka impak TikTok ini lebih dahsyat. Dia ajar saya banyak benda di TikTok. Bila buat siaran langsung dengan dia, lebih ramai penonton daripada saya buat seorang diri. 

“Kalau saya buat siaran langsung di Facebook dan Instagram, ramai menonton. Dia tak nak menyanyi, tapi saya nampak dia suka mengacara. Dia ada bakat yang bersahaja,” katanya. 

Selain itu, Cahaya juga menyimpan bakat seni melukis yang diwarisi darinya. 

“Dia pandai melukis juga. Saya pun sewaktu muda-muda dahulu boleh melukis dan saya pernah bekerja sebagai pelukis untuk tanda harga berskala besar di pasar raya. 

“Sampai sekarang pun kalau minta saya buat, saya masih boleh buat,” katanya. 

Terbaharu, Mawi bakal mengadakan Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Januari depan.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *