Kuala Lumpur : Adik kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi menolak dakwaan mengatakan kakaknya mengambil keputusan untuk ‘u turn’ dan berbaik dengan suaminya, Aliff Aziz.

Didi menerusi siaran langsung di TikTok berkata, dia membuka mulut bagi memperbetulkan salah faham yang bertebaran di media sosial.

“Untuk pengetahuan anda semua, kakak saya memang sudah lama tidak berkomunikasi dengan suaminya. Saya berjanji ini adalah berita yang sahih.

“Jadi, bagi pihak yang sudah meninggalkan komen dan geram pada artikel berkenaan, boleh komen semula selepas melihat penjelasan saya ini. Pergilah beritahu yang adik Bella dah beritahu tak ada dan tidak timbul istilah berbaik semula,” katanya.

Menerusi perkongsian yang sama, Didi menegaskan kakaknya nekad meneruskan keputusan untuk bercerai dengan penyanyi kelahiran Singapura itu.

“Saya berharap anda semua tidak percaya akan cerita yang bertebaran itu. Saya nak cakap satu saja, Bella, kakak saya tidak berbaik, tidak berhubung pun.

“Memang mahu cerai sudah, itu saja cerita dia okay. Saya memang bagi berita sahih, memang nak cerai. Itu saja cerita dia,” katanya.ADVERTISING

Terdahulu, Bella meluahkan rasa kesal terhadap artikel yang dikeluarkan segelintir portal hiburan yang menggunakan tajuk seakan-akan memberi bayangan Bella dan Aliff sudah berbaik semula.

Bella menerusi Insta Story berkata, dia memilih untuk tidak ditemubual media kerana tidak mahu kenyataannya diputar belit pihak lain seperti artikel yang tersebar semalam.

Bella berkata, tidak semestinya bila dia berdiam diri bermaksud segala spekulasi mengenai rumah tangganya adalah benar.

Spekulasi ini timbul apabila kes mahkamah mereka ditunda dari 4 Jun ke 13 Jun ini hingga ada dakwaan mengatakan mereka sudah berbaik.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *