SELEPAS hampir 12 tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi Indonesia, Erdian Aji Prihartanto, 45, atau dikenali dengan panggilan Anji mengesahkan isterinya, Wina Natalia, 37, mengemukakan permohonan cerai di Pengadilan Agama Cibinong, Jawa Barat, baru-baru ini.

Menurut Wina, masalah rumah tangga mereka sudah berlarutan dalam tempoh yang panjang sehingga kedua-duanya nekad mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

“Sebelum keputusan ini dibuat, kami berdepan masalah yang sudah lama berlarutan seperti perdebatan, pertengkaran, termasuk air mata.

“Apa yang boleh saya katakan keputusan yang dipilih ini bukan hal yang mudah,” katanya

Bagi Anji, dia dan isteri sudah memaklumkan mengenai perpisahan itu kepada keluarga dan anak-anaknya.

“Kami sudah berbincang dengan keluarga dan memberitahu kepada anak-anak pada tahun lalu.

ANJI bersama keluarganya.
ANJI bersama keluarganya.

“Beberapa bulan kebelakangan ini baru mereka memahami perpisahan yang kami maksudkan selama ini,” kata bekas vokalis kumpulan Drive itu.

Dalam masa sama, Anji menepis dakwaan dirinya sengaja mencipta kontroversi murahan apabila mendedahkan dirinya bakal bercerai.

Menurut Anji, tiada sebab untuk dia menjaja kisah peribadi atau mengada-adakan cerita lebih-lebih lagi membabitkan perkahwinan.

Katanya, dia dan Wina mengunci mulut mengenai kemelut dilalui mereka sebelum ini kerana menghormati undang-undang.

“Kami masih ada beberapa proses yang perlu dijalani. Sebutan kes perceraian kami akan berlangsung pada 6 Jun ini,” katanya.

Hasil perkongsian hidup pada pada 2012 mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *