Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Ruhainies berkongsikan situasi yang berlaku pada malam dirinya dan aktor, Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI.

Semuanya salah faham

Jelas Ruhainies dalam hantaran yang dikongsikan di Instagram, pada malam tersebut Aliff sepatutnya bertemu dengan keluarga Ruhainies memandangkan mereka rakan baik dan sudah kenal dengan keluarga masing-masing.

Tetapi akibat kesesakkan lalu lintas, kakaknya iaitu Risteena sedikit lambat sampai ke kondominium milik Ruhainies dan disebabkan itu, mereka meluangkan masa untuk berborak sambil menunggu keluarga dan rakan yang lain.

Sedar atas kekhilafan diri sendiri, Ruhainies memohon maaf kerana sedar situasinya bersama Aliff itu juga salah disisi agama dan berharap agar rakan baiknya, Bella tidak berpisah dengan Aliff atas sebab situasi yang sudah berlaku ini.

Bahkan aktres tersebut sanggup berhadapan dengan Bella untuk berbincang mengenai isu yang sudah terjadi ini apabila pihak Bella sudah bersedia.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *