Menerusi Instagram, pelakon Bella Astillah telah memuat naik hantaran mempamerkan dirinya berjumpa dengan Dato’ Sri Jaspal yang merupakan penerbit drama Terjerat.
Bella tarik diri?
Ibu kepada dua anak itu seperti memberi bayangan bahawa dia sudah menarik diri atau tidak dapat teruskan kerjasama dengan pihak produksi Terjerat yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Kenapa Bella pula yang kena remove?
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ramai peminat yang tertanya apakah sebabnya Bella sudah dibuang daripada Whatsapp group yang dibuat khas untuk pelakon-pelakon drama itu.

Bagaimanapun, sesetengah peminat seperti dapat faham apa yang Bella cuba sampaikan dan menurut mereka mungkin aktres tersebut yang memohon agar dia mengundurkan diri bukanlah namanya digugurkan.