Kuala Lumpur: Konsert jelajah + − = ÷ × penyanyi terkenal Britain, Ed Sheeran di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam berlangsung lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini.-ADVERTISEMENT-javascript:falsejavascript:falsejavascript:falsejavascript:falseAds by
Lebih mengujakan peminat apabila penyanyi berusia 33 tahun itu menunjukkan sikap profesional yang tinggi apabila tampil memulakan persembahan tepat jam 9 malam. Kemunculan Ed atau nama sebenarnya, Edward Christopher Sheeran disambut dengan jeritan sekitar 55,000 peminat yang menunggu sejak petang.
“Apa khabar semua? Terima kasih kerana merempuh kesesakan lalu lintas, bersesak naik kereta api untuk sama-sama menikmati malam ini dengan saya,” katanya sebaik menyanyikan lagu pembukaan, Tides yang dipetik daripada album kelimanya, = (Equals).
Ed menyanyikan lebih 20 seleksi lagu popular yang dipetik daripada album-album studionya yang menjadi inspirasi kepada peminat seluruh dunia.
Biarpun tampil solo, Ed yakin memukau peminat dengan kemantapan vokalnya sambil bermain gitar selama dua jam.
Dia tidak membuang masa berceloteh terlalu meleret dengan penonton.
Pentas berpusing 360 darjah di SNBJ turut mencuri tumpuan ramai. Ia ibarat sekeping cakera padat berpusing atau meja pusing makan di kenduri atau majlis makan.
Ed juga mengakui seronok hadir kali kedua mengadakan konsert di SNBJ dan sekali lagi berterima kasih kepada semua yang hadir.
Antara lagu hit yang didendangkannya termasuklah The A Team, Thinking out Loud, Photograph, Perfect, Shape of You dan menutup persembahan dengan bunga api di langit menerusi lagu Bad Habits.
Terdahulu, Konsert jelajah + − = ÷ × anjuran AEG Presents dan PR Worldwide sebelum ini mendapat tentangan daripada peminat fanatik bola sepak yang risau dengan kerosakan rumput di SNBJ seperti yang berlaku terhadap penganjuran Konsert Coldplay pada 22 November tahun lalu.
Bagaimanapun Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah awal apabila ‘membotakkan’ permukaan padang yang menempatkan pentas dan menara sistem audio bagi konsert ini.
PSM memindahkan rumput seluas 1900m2 itu dengan rumput terbabit diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.
Selain itu, terdapat sebilangan golongan alim ulama yang menentang keras penganjuran konsert Ed Sheeran dan menganggapnya tidak menghormati kedatangan Malam Nisfu Syaaban.
Kredit: Harian Metro